Saturday, June 26, 2010

Coretan Duka seorang 'Aku' - Guminavo zou diau


Buat Lelaki yang pernah ku panggil "SUAMI"
- Lelaki terimakasih kerana pernah menjadikan aku SURI dalam hidupmu.Terimakasih kerana menyayangiku dan menyintai aku selama aku bersamamu.............aku tahu aku tak pernah menghargai cintamu tapi percayalah selama aku bersamamu aku BAHAGIA. Akan ku doakan kebahagiaanmu bersama ISTERI mu meskipun kini antara kita hanya tinggal SEJARAH.


Buat Lelaki yang ku panggil "TAN SRI"
- Lelaki kau yang mengajar aku erti sebuah KEHIDUPAN.Kau yang mengajar aku erti sebuah kegembiraan dan kesedihan.Lelaki meski sebuah KEDUKAAN yang ku lalui bersamamu tapi aku tak pernah kesal.Kau adalah nadi kehidupanku dan kau juga dengupan jantungku.........tanpamu hidupku tak bererti... Aku mahu kau tahu dari dulu,kini dan selamanya aku amat MENYINTAIMU.


Buat Lelaki yang ku panggil "KEKASIH GELAP"
- Lelaki kehadiranmu tak pernah ku duga ....kewujudanmu tak pernah ku sangka.......namun aku bahagia kerana kau ada.Jatuh cintakah aku padamu?Ntahlah.....tapi aku tahu aku jadi rindu bila kita tak bertemu , aku jadi sendu bila tak ku dengar suaramu......
Antara kita masih terlalu jauh perjalanannya dan aku juga tahu kau mungkin tidak merasa apa yang aku rasa ...............tapi aku ingin kau tahu aku amat MENYENANGIMU.

No comments: